Nov'08 kami sekeluarga ke Taiping,Perak utk majlis Kahwin sahabat pejabat.Bertolak jam 9 pagi perjalanan mengambil masa agak lama(~5jam) kerana jalan sesak.Banyak kenderaan sebab ramai ambil kesempatan cuti hujung minggu dan aidiladha selama 3 hari.Kami tiba ~2ptg, nasib agak baik kerana pengantin belum tiba lagi.Ramai rakan sepejabat yg tiba awal masih menanti pengantin.Baru nak mula makan pengantin pun tiba.

Lepas majlis kami ke Taman Tasik Taiping pusing2 sambil cari hotel.Nasib tak brapa baik sebab banyak hotel yg namanya sedap2 macam Swiss Hotel,Lake View Hotel tu rupanya rumah tumpangan je.Akhirnya jumpa Legend Inn Hotel RM108/mlm.Ok juga.Value for money!Superior Room with double bed.Tapi mlm sejuk gile.Air cond.nya tak leh nak kawal.Pakai kawalan berpusat kot.Terpaksalah tutup lubang air-cond dgn kain lampin.Kurang la sejuk sikit.

Malam tu kami pegi Zoo Taiping-Night Safari.Ingatkan nak tengok binatang waktu mlm.Dengar khabarnya ada sesetengah binatang aktif di waktu mlm.Tapi malamlah katakan gelap......tak nampak la pulak binatang2 tu.
Habis ronda Zoo jam 11mlm.Perut lapar singgah kat Doli kuew

teow.Kata orang sedap.Cuba tapau 3 bungkus.Okay la...tapi tak la special mana.Balik hotel sbelum tido lepak dgn kawan kat warung pekan Taiping sampai 1mlm then....tido la...besok nak gi Kuala Kangsar.
No comments:
Post a Comment